Monday 9 December 2013

Set cepat membaca anakku.

Teks: Anisah Abd Rahman

Dalam Aktiviti Belajar Membaca Sambil Bermain, kami amat menggalakkan ibubapa mengajar anak membaca sambil bermain.

Ha, untuk anak lelaki anda yang comel comel dan nakal nakal tue, elok lah ambil set membaca dan permainan ini....wah...ini memang sangat best dan disukai anak lelaki...lepas belajar baca buku, main buat robot.

Wow! sangat best.....belajar membaca dan bermain robot sempena musim cuti sekolah ini...

Kenapa anda mesti mendapatkan pakej ini?

Pakej ini terdiri daripada:
1.Set Bacalah Anakku
2.VCD Abu Ada Ayam
3.Permainan Thiner Toy Robot

Ramai Kanak Kanak sudah boleh membaca dengan Set Bacalah Anakku-dah terbukti ibubapa yg guna betul2 set membaca ni pada anak usia 3 tahun, anak dalam tempoh 3 bulan je dah dapat skill membaca yg sebenar.

Lepas habis 8 buku ni, anak-anak boleh baca apa sahaja buku..yg penting ibubapa kena tengok dulu VCD panduan mengajar dan juga baca buku panduan mengajar yg ada dalam set buku ini.

SMS Anisah 011-12391595 untuk order

Kandungan Set Bacalah Anakku:
8 Buah Buku
1 Buku Panduan Untuk Ibu Bapa Mengajar Anak-Anak
1 VCD Panduan Mengajar
12 Keping Kad Imbas sebagai alat bantu mengajar.

Kandungan VCD lagu Abu Ada Ayam ada VCD lagu untuk anak anak belajar mengenal bunyi bunyi huruf,
anak2 lebih cepat membaca apabila belajar sambil mendengar lagu ni,
30 keping kad imbas sebagai alat bantu mengajar & 1 buku mewarna untuk anak-anak

Thinker Toys ialah permainan binaan (Construction toys ) yang membantu memperkembangkan

1. kemahiran kognitif( berfikir). Kanak-kanak yang selalu bermain dengan Thinker Toys akan menggunakan otaknya untuk berfikir membuat pelbagai model. Kajian membuktikan kanak-kanak ini mempunyai daya pemikiran kreatif melebihi kanak-kanak yang tidak bermain dengan mainan binaan.

Mereka juga mempelajari konsep bentuk, ruang dan pengukuran apabila bermain dengan Thinker Toys.

Sebagai contoh melalui mainan sebegini mereka belajar mengenai, besar kecil, panjang pendek.

Mereka akan belajar memilih dan membanding dalam aktiviti binaan seperti Thinker Toys.

Ini akan membantu mereka memahami konsep matematik yang lebih kompleks nanti.

2. motor halus.
Bermain dengan Thinker Toys melatih kanak-kanak menggunakan jari jemarinya.

Ini akan membantunya untuk mudah memegang alat tulis dan menulis.

Di samping itu, permain seperti ini akan membantu mengembangkan koordinasi mata tangannya yang sekali lagi akan penting untuk membaca dan menulis.

3. Kemahiran sosio-emosi
Sekiranya kanak-kanak bermain dengan Thinker Toys ini bersama adik-beradik atau kawan-kawan, dia akan belajar bersosial.

Dia akan berbual-bual dan bertolak ansur dalam bermain.

4. Kemahiran bahasa. Tentu sekali apabila bermain, kanak-kanak akan bercerita mengenai rekaan binaannya.

Dia akan juga bercerita sepanjang proses pembinaan. Ibu bapa yang membimbing anak kita bermain akan memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada anaknya. Sekali gus mempertingkatkan keupayaan bahasa anak itu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 23 November 2013

Ibu dan Ayah adalah contoh terbaik untuk anak-anak.

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah. Bersyukur mempunyai kelapangan waktu bersama anak-anak.

Ibu dan ayah adalah contoh terbaik untuk anak-anak.

Seronok menghabiskan masa seharian bersama anak-anak.

Selain perasaan seronok, di dalam tempoh waktu ini la proses pembelajaran anak-anak berlaku.

Pentingnya ibu dan ayah menjaga sikap dan tingkah laku di hadapan mahupon di belakang anak-anak.

Apa sahaja yang di lakukan oleh ibu dan ayah akan di duplicate oleh anak anak sepenuhnya.

Ini saya dapat perhatikan sendiri dalam diri anak-anak saya yang berusia 3 tahun setengah dan 1 tahun setengah.

Pada umur begini mereka akan mengikut semua yang berlaku disekeliling mereka. Apa yang mereka paham ialah duplicate apa sahaja.

Duplicate apa sahaja bermaksud, pada peringkat waktu ini mereka masih tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Minda mereka hanya duplicate sahaja.

Ini kerana, di kelapangan masa yang saya ada, saya memerhatikan gerak geri dan tutur kata mereka.

Saya dapat mendengar setiap butir perkataan mereka. Dan saya dapati kakak akan menggunakan setiap perkataan yang saya gunakan selama ini.

Tidak kira perkataan saya yang positif atau negatif, dia akan mengunakan dan menyebutnya berulang kali.

Pada saat itu, saya tersedar bertapa pentingnya saya menjaga setiap tutur kata dan tingkah laku saya.

Saya berazam akan menjadi contoh yang baik kepada mereka.

Anak-anak ibarat cermin kepada diri kita.

Jika kita ingin mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, mula la mendidik mereka dari mereka kecil lagi.

Usah sesekali terlewat, benarlah pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnyam iaitu ketika anak-anak masih kerja.

Apabila anak sudah dewasa, skill mereka untuk mengduplicate kita sepenuh akan menjadi sukar.

Setakat ini perkongsian saya, jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Saya adalah ibu yang masih belajar dan masih perlu menuntut ilmu.

Amin ya Allah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 21 November 2013

Ahmad Ammar berbahagia lah di sana.

Teks: Anisah Abd Rahman

MasyaAllah selama ini saya tk pernah kenal pon siapa Ahmad Ammar ni.

Walaupon tidak pernah kenal, air mata bercucuran dan merambu bila melihat youtube tentang Ahmad Ammar.

Sungguh mulia hati mu.

Terdetik dalam hati saya, umur Ahmad Ammar baru 20 tahun. Namun pengalaman dan perjalanan hidup nya sungguh panjang dan jauh dalam memperjuangkan Islam.

MasyaAllah Alhamdulillah. Ibu bapa Ammar berjaya mendidik Ammar dengan baik sekali.

Semoga saya diberi peluang untuk menjadi seperti ibu dan ayah Ahmad Ammar.

Ya Allah, kini aku sedang mengandung...jika anak ini lelaki didoakan anak aku menjadi golongan beriman dan mencintai Islam sepenuh hati.

Perkenankan lah ya Allah doa ku ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 17 November 2013

Solat Dhuha

Teks:Anisah Abd Rahman

MasyaAllah, sesungguhnya aku insan yang lemah dan sedang berusaha untuk memperbaiki diriku ini.

Antara azam dalam diri ini, aku ingin istiqamah dalam mekalukan perkara yang penting ini.

Selama ini aku hanya memandangnya sepi dan hanya melakukan apabila sempat sahaja. Tidak pernah meletakkan nya sebagai satu amalan yang utama.

Aku leka dengan urusan dunia dan rasa semuanya telah sempurna. Bersyukur Allah buka hati dan memberi aku waktu untuk mendalaminya.

Indahnya janji Allah, dan aku sentiasa yakin dengan Nya.

1. SOLAT DHUHA

Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hingga menjadikan manusia hidup di dalam kesenangan dan kemewahan.

Justru itulah manusia yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah berkewajipan menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga ke hadrat Allah. Di sini bertambah²nya rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.

Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur pada waktu pagi.

Fajar ini terbahagi kepada dua keadaan:

1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.

2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama. Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu Zuhur.

Dalam pengertian ilmu fiqih waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah. Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat menganjurkan kita mengerjakan sholat sunatnya sebanyak dua atau empat, delapan dan dua belas rakaat, meskipun sholat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat digalakkan agar kita mengerjakannya.

Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya; “Rasulullah SAW melaksanakan sholat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahwa beliau tidak pernah mengerjakannya.”Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan sholat Dhuha yang ia lakukan meskipun hanya ibadah sunat saja.

Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya di samping ada faedah dan manfaatnya.

Khasiat dan Fadilat

Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya.

Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud)

PANDUAN

(1) Setiap kali sujud akhir solat dhuha (sebelum duduk tahiyat), bacalah Ya Wahhab sebanyak 41 kali, Insya-Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak dan peluang akan datang dengan mudah. (Al-Wahhab ertinya Maha Pemberi)

(2) Setiap kali selesai 2 rakaat solat dhuha, angkat tangan berdoa dengan bacaan Ya Basith sebanyak 10 kali dan kemudian sapu tangan ke muka. Allah SWT akan menghantar barakah dalam bentuk makanan. Walau sedikit manapun makanan, insya-Allah pasti cukup untuk seisi keluarga. (Al-Basith ertinya Maha Pelapang hidup)

(3) Doa Selepas Solat Dhuha
Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu adalah waktu-Mu
Dan keagungan itu adalah keagungan-Mu
Dan keindahan itu adalah keindahan-Mu
Dan kekuatan itu adalah kekuatan-Mu
Dan perlindungan itu adalah perlindungan-MuYa Allah,
Jika memang rizkiku masih di atas langit, Maka turunkanlah ia,
Jika masih di dalam bumi, Maka keluarkanlah ia,
Jika masih sukar, Maka mudahkanlah ia,
Jika (ternyata) haram, Maka sucikanlah ia,
Jika masih jauh, maka dekatkanlah iaBerkat waktu dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu,Kekuatan dan kekuasaan-Mu,Limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang sholeh.Dan berkatilah Rahmat atas Nabi Muhammad atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Di dalam hadits yang lain pula diterangkan seperti berikut:“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,”Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan sholat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (Al-Tabrani)

Panduan mengerjakan solat Dhuha ini saya cari dan saya simpan untuk dijadikan panduan, terutamanya diri saya sendiri.

Tuesday 12 November 2013

Ketabahan dan keberanian kanak-kanak Syiria

Teks: Anisah Abd Rahman

Sebelum tidur mata masih terbayangkan kisah paparan TV3 berkenaan kanak-kanak di Syiria.

Saya tak dapat bayangkan apakah perasaan saya jika saya berada di sana. Saya tidak setabah wartawan-wartawan yang membuat liputan disana.

Sedangkan saya yang melihat di kaca TV saja sudah bergenang air mata, ini kan pula jika saya berada disana. Semesti nya saya akan menangis semahunya melihat keadaan mereka di sana.

Ada satu part tu saya melihat anak yang kecil, tiada pampers aatau lampin. Ibunya mebalut anak memakai plastik dan mengikat dengan tali.

Ya Allah. Berikan la aku kekayaan supaya aku dapat membantu orang yang memerlukan.

Bagi saya rakyat Malaysia yang tersangat bertuah, kita rakyat Malaysia mempunyai peluang yang banyak untuk menjadi kaya.

Apabila kita kaya kelak, usah la kita menjadi sombong. Jadilah kita seorang yang kaya dan semakin hampir dengan Allah.

Sama-samalah kita berusaha untuk mendapat pendapatan lebih untuk bantu mereka di sana dan semua umat Islam di seluruh dunia kerana mereka adalah saudara kita.

Sekian, untuk malam ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 11 November 2013

Hanya Sekadar Nasihat

Teks: Anisah Abd Rahman

1934 -2014 = 80 tahun. http://www.nutrilite.com/en-us/Science/NHI/BestOfPeople/sam-rehnborg.aspx
Tahun depan usia Nutrilite Malaysia genap 80 tahun, orang pertama yang makan supplement ni Alhamdullillah masih sihat waafiat.

Pilih jenama vitamin biar la berhati-hati kawan2.

jangan kerana terlalu excited baca testimoni yang hebat-hebat kita terus terpikat.

Baru tadi dapat berita dari seorang kawan, rakan sekerja umurnya 30 thn  meninggal  kerana pancreas bengkak dan organ failure.

Doktor syaki kerana kesan pengambilan dari 3 jenis jamu yang mengandungi bahan merbahaya.
memang la ajal maut di tangan Allah, dan perlu di ingat kita lah yang bertanggungjawab ke atas apa yang kita ambil.

Berhati-hati lah.

4 Amalan Sebelum Tidur

Teks: Anisah Abd Rahman

Selamat malam rakan pembaca sekalian,
Alhamdulillah selesai segala urusan hari ni dan sudah tiba masanya untuk kita semua merehatkan badan.

Bersyukur kepada Allah kerana hidupku hari ini sangat gembira dan sempat belajar pelbagai ilmu yang berguna.

Sebagai seorang muslimin dan muslimat kita di ajar pelbagai adab dan amalan yang baik supaya menjadi bekal kita di sana nanti. In Shaa Allah bekalan dan amalan baik yang kita lakukan didunia ini membantu kita mendapat syurga yang di janjikan oleh Yang Maha Esa.

Apakah amalan yang kita perlu lakukan sebelum masuk tidur?

Terdapat empat amalan yang disarankan kepada kita untuk di amalkan sebelum tidur.


Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :



1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah

Bertanya Siti Aisyah :
"Ya Rasulullah! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "

Rasul tersenyum dan bersabda :

1.Jika engkau hendak tidur, bacalah surat al–Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x )

2.Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat

Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x )

3.“Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

"Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )


( Tafsir Haqqi)

 rujukan dari blog http://kaunselingsyarie.blogspot.com/2012/12/empat-amalan-sebelum-tidur.html#


Alhamdulillah jika kita dapat menjadikan amalan kita setiap hari. dan Alangkah indahnya jika kita mengambil wuduk dan solat taubat untuk minta ampun dari Allah segala kesilapan yang kita lakukan selama ini.

Amin ya Allah, moga ada tempat di dalam syurga bersama insan-insan yang soleh dan solehah.

Sunday 10 November 2013

Berapa modal yang diperlukan untuk mulakan perniagaan Amway

Teks: Anisah Abd Rahman

Ada yang terkejut apabila mengetahui yuran untuk jadi member amway hanya RM90.

Yup! Benar, hanya RM90.

Dengan RM90, anda dapat terus menjalankan perniagaan anda sendiri secara online dan offline.

Bantuan kedai di seluruh Malaysia iaitu di setiap negeri.

Paling mudah, just shopping online di
www.amway2u.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 9 November 2013

Teks: Anisah Abd Rahman

Hari ini menu lunch saya dan anak-anak nasi kukus ayam berempah.

Kerana perut terasa tersangat lapar, terus je buat keputusan untuk beli bungkus.

Hari ini jumaat, maka suasana di simpang jalan BSP sangat meriah. Macam-macam gerai ada untuk dijadikan pilihan.

Dalam banyak-banyak kedai, gerai nasi kukus menjadi pilihan saya. Ada 2 kedai yang menjual nasi kukus.

Gerai ini berhampiran dan hanya diselangi kedai keropok lekor.

Gerai yg menjadi pilihan saya dikunjungi ramai orang dan ayam yg di goreng habis sehingga terpaksa menunggu yang di dalam kuali.

Selepas pesanan saya diterima, kami berlalu pulang. Sambil berjalan pulang, saya perhatikan gerai berhampiran yg juga menjual nasi kukus.

Saya melihat masih banyak ayam yang digoreng tidak terjual. Saya tidak tahu apa kelemahan dan kelebihan ini. Dan saya hanya mampu berdoa perniaganmya akan bertambah baik.

Perkara sebegini la yang menjadi kerisauan kenapa tidak ramai orang suka berniaga.

Ramai orang tidak sanggup kerugian, ye la. Untuk berniaga tidak la semudah seperti apa yang kita lihat.

Sekiranya ingin memasukki bisnes jualan makanan, pastikan makanan kita sedap dan mendapat sambutan.

Risiko lain yang perlu ditanggung ialah perlu mempunyai pelanggan yang ramai untuk menyukai masakan kita baru la perniagaan maju. Pendek kata, produk yang dihasilkan mestilah mantap.

Sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan. Asalkan kita pandai memilih perniagaan yang bersesuaian dengan kita.

Tidak semua perniagaan memerlukan modal yang besar.

Sebagai contoh, saya memilih satu perniagaan yang modalnya kecil tetapi potensi nya besar.

Amway menjadi pilihan saya. Dengan bermodalkan RM90 saya berpeluang memulakan perniagaan yg besar dan terkenal serata dunia, mempunyai sistem yang kukuh, telah terbukti kerana sudah ramai yang berjaya.

Jadikan mereka yang berjaya sebagai mentor kita dan kita juga boleh berjaya seperti mereka.
M…M
Sehingga berjumpa lg.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kisah Peladang Miskin Mengembara Mencari Emas

Teks: Anisah Abd Rahman

Saya ada sebuah buku yang sangat bagus dan perlu dibaca oleh semua orang. Ia akan bantu kita mengenal pasti apa yang kita cari dalam hidup ini.

Jangan ada yang memberi komen bahawa Al Quran la sebenar yang kita patut cari untuk dijadikan panduan. itu adalah basic dan semua orang dah tahu dan paham.

hihihhihihi bukan apa, saya sengaja mengingatkan supaya tidak memberi komen sedemikian kerana selalu ada orang yang tidak berpuas hati dengan kita dan memberi komen yang negative.

Ok berbalik kepada buku yang saya cadangkan kepada anda supaya turut membaca nya ialah bertajuk Khazanah Kelengkapan Rumah atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Household Gold.

Berulang kali saya membaca buku ini dan saya ingin berkongsi sebuah cerita yang dipetik dari buku ini. semoga ia menjadi pengajaran kita bersama.

Ia tentang cerita Rusell Conwell " Lombong Berlian" ceritanya begini:

Seorang peladang miskin di Africa menghabiskan masanya mengembara di seluruh benua mencari berlian. Dia kembali dengan patah hati dan meninggal dunia tanpa menjumpai walaupon sebutir berlian.

Apabila seorang paderi dating memberi semangat kepada keluarga peladang itu, dia melihat sebiji batu Kristal yang besar di atas tempat pembakar.

Apabila ditanya dimana batu itu didapati, balu peladang itu mengatakan bahawa ladangnya dipenuhi dengan batu-batu yang berbentuk ganjil itu.

Paderi kemudian memberitahu nya bahawa batu yang berbentuk ganjil itu sebenarnya adalah belian, yang bermakna keluarga nya berada di atas  " Lombong Belian".

Begitu juga apabila kita berada di dalam rumah, kita kita sebenarnya duduk diatas Lombong Emas.

Malang nya kebanyakan orang adalah seperti Peladang Afrika.

Kita selalu berfikir, satu-satunya cara untuk menjadi kaya adalah bekerja di tempat yang glamour dan membuat perlaburan dalam perniagan yang besar.

Apa pendapat anda setelah menbaca kisah ini, adakah anda ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan emas di dalam rumah kita sendiri. Jangan biarkan orang lain melombong emas di dalam rumah kita sendiri.

Friday 8 November 2013

All plant protein campur vitagen mavelessss rasanya

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum n selamat pagi.

Kegilaan apakah ini, mak buyong bangun awal pagi dan terasa lapar.

Bangun menuju ke dapur mencari apa yang sesuai untuk memenuhi tuntutan perut ini.

Buka peti ais, terpandangkan air vitagen anak-anak yang berbaki lagi satu.

Dapat idea di pagi hari ini untuk menikmati minuman lazat yg memang bagus untuk ibu mengandung.

Apa lagi yang hendak ditunggu, ambik vitagen, masukkan kedalam shaker campur dengan satu scoop all plant protein nutrilte.

Oooh sungguh sedap, tk sabar nak menikmatinya.

Duduk bersandar di sofa ruang tamu sambil menghirup air protein bersama vitagen apple.

Ini pertama kali cuba. Hasil nya sangat sedap dan lepas ni boleh buat lagi.

Alhamdulillah baby dalam perut ni sangat bertuah kerana ibu mengamalkan makanan yang sihat setiap hari.

Ini lah vitamin nutrilite yang ibu amalkan setiap hari tanpa mengambil sebarang vitamin dari doktor.

Sekian dulu, nt chit chat lg yer.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Orang bijak tidak pernah lepaskan peluang

Teks:Anisah Abd Rahman

Jika anda seorang yang bijak,pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk jadikan setiap sen yg anda keluarkan sebagai pendapatan.

Saya tahu bagaimana dan sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua.

Tetapi saya tidak tahu adakah anda sudah bereedia untuk mendengarnya.

Apa yg perlu anda buat, komen dibawah dan saya akan hubungi anda.

Thursday 7 November 2013

Kenapa Saya Pilih Amway

Teks: Anisah Abd Rahman

Sebenarnya saya dah nak tido, tetapi tiba-tiba idea datang untuk saya berkongsi dengan anda semua kenapa saya yakin yang saya boleh berjaya dalam biz Amway ini.

Jawapan dia sangat mudah kerana dalam pernigaan Amway ini saya dah jumpa dan lihat bertapa ramai orang yang telah berjaya.

Mereka yang berjaya ini tidak pernah kedekut ilmu untuk kongsikan dengan orang lain apa yang mereka buat sehingga mereka boleh berjaya.

Prinsip dalam biz seperti ini mudah. Untuk kita berjaya, kita perlu terlebih dahulu bantu orang lain supaya berjaya.

Selain itu, dalam perniagaan amway ini tiada limit atau kuota untuk kita berjaya. Tidak seperti didalam dunia makan gaji, hanya seorang sahaja yang akan dipilih untuk menjadi bos atau pengarah.

Pernah tak anda jumpa seorang pengarah mengajar orang lain untuk jadi pengarah seperti dirinya. Tidak akan ada, sebabnya jika ada. Orang lain akan menggantikan tempatnya. Ini bahaya dan boleh menggugat kedudukan pengarah tersebut.

Tetapi, berbeza didalam biz Amway, walaupon sudah ramai orang yang berpangkat Diamond, Diamond2 ini tidak pernah kedekut ilmu untuk memberi tunjuk ajar orang lain untuk bersama2 mereka menjadi Diamond juga.

Sebab itu la saya yakin yang saya boleh berjaya dalam biz ini dan tempat saya memang ada sekiranya saya terus berusaha tanpa putus asa.

Pikir-pikirkan lah wahai sahabat, adakah anda dah ada aim dan mengetahui apa matlamat hidup anda yang sebenar.

Sekian, untuk malam ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 6 November 2013

Rahsia menjadi kaya apabila memakai kereta

Teks: Anisah Abd Rahman

Kebiasaannya apabila kita memakai kereta, orang akan pikir kita ini seorang yang kaya.

Pendapat itu mungkin betul untuk 10 tahun dahulu. Hanya orang yang benar-benar kaya dan berkemampuan yang akan memakai kereta.

Hakikatnya pada hari ini, kita sudah tidak boleh lagi berfikir bahawa yang memakai kereta itu adalah orang yang kaya.

Berkereta hari ini adalah satu keperluan.

Tanpa kereta sukar untuk kita bergerak dan menyelesaikan urusan.

Berkereta juga demi untuk keselamatan. Dulu saya sendiri lebih gemar bermotosikal kerana mudah dan lebih cepat.

Hari ini saya sudah tidak berani lagi bermotosikal atas faktor keselamatan.

Apakah sebenarnya rahsia yang saya ingin kongsikan?

Rahsianya ialah jika selama ini kita merasakan service kereta setiap bulan itu membebankan, kerana perlu mengeluarkan belanja bernilai ratusan.

Apakata kita mula pikirkan bagaimanakah cara perbelanjaan itu kita tukarkan jadi pendapatan.

Caranya mudah sahaja, jika sebelum ini kita beli minyak service brand X dipasaran, mulai hari ini kita mula bertukar kepada jenama ELF.



Kenapa minyak ELF??
Ini kerana apabila membeli minyak ELF, kita bukan saja dapat minyak
Seperti yg dimahukan. Tetapi kita juga berpeluang mendapat bonus tunai apabila capai point yang telah ditentukan.

Kita ajak beramai-ramai tukar minyak service kepada jenama ELF. Bayangkan jika kita mengajak 100 orang memakai minyak yang sama seperti kita. Contoh 100 org belanja RM100. Jumlah belian kumpulan kita akan menjadi RM10000.

RM10000 bersamaan berapa PV?
PV bersamaan 3333.33.
Ini bermakna anda akan menerima bonus sebanyak 12%.
Maka jumlah keseluruhan bonus anda ialah RM1,200.

Wah menarik bukan? Sangat best dan sangat mudah.

Selamat mencuba yer kawan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 5 November 2013

Saya suka Calcium Magnesium Nutrilite

Teks: Anisah Abd Rahman

Sekarang jam dah hampir pukul satu, mak buyong baru nk melandingkan diri.

Nikmat rasanya dapat baring-baring sambil update blog with my BB. ( Sebab tu syg sangat nk tukar myBB ni)

Sebelum tido seperti biasa jangan lupa makan vitamin kalsium dulu yer.


Bukan apa kalau ualls rajin jari tu menggoogle, uall semua akan tahu bertapa penting nya kalsium ni untuk kesihatan diri kita.

Saya memang akan makan kalsium ni setiap hari, tambah-tambah bile dah kembali jadi mak buyong ni. Jangan main-main tentang kepentingan kalsium untuk ibu hamil yer.

Tk susah pon nk makan vitamin kalsium ni jika nak dibandingkan dengan bancuh segelas susu.

Tak perlu susah-susah masak air panas, bancuh tunggu sejuk n minum.

Dah lepas minum nk kena ke dapur hantar cawan n basuh...remeh kan? Tambah remeh jika masa tu kita dah tersangat mengantuk.

Innalillah la kalsium ku jawab nya.

Sebab tu la saya pilih Nutrilte ni.
Mudah, senang dan pantas.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ubat gigi: Glister or brand x

Teks: Anisah Abd Rahman

Hi semua. tahniah kerana anda dah sampai ke blog saya nie.

saya ada rahsia dan sebenarnya ia tidak boleh dirahsiakan lagi bagaimana anda dan saya boleh jana income dengan mudah.

Seriously jana pendapatan extra bukan la perkara yang sukar sebenarnya sekiranya anda sanggup menukar jenama ubat gigi didalam bilik air anda hari ini juga.



Saya tidak pasti sama ada anda pernah dengar atau tidak sambil gosok gigi kita boleh buat duit. tetapi ini la rahsianya yang masih ramai lagi saudara mara dan kawan2 kita tidak tahu.

Cuba anda bayangkan selama ini dah bertahun pakai brand x, tk pernah terima bonus pon. tetapi hari ini jika anda sanggup berubah dan bertukar kepada glister, insyaAllah ekonomi anda juga akan bertukar. Percayalah.

simple calculation untuk anda semua apa yang anda akan dapat sekiranya anda dan 100 lg rakan anda bertukar kepada Glister.

Contoh saya bagi harga Glister ialah RM23.  kalau dah 100 org sama-sama bertukar dengan anda bermakna jumlah belian RM2,300.

RM2,300 bersamaan 766 point. bermakna anda dah layak untuk dapat bonus 3%.

Bonus 3% bersamaan Rm2,300x 3% = RM69.

Mudahkan??? RM69 Nampak kecil tetapi ia mampu membayar bil broadband anda setiap bulan.

sekian, untuk this entry.

Friday 19 July 2013

Minuman Penambah Tenaga: Nutrilite Active 8 A Blended Drink Mix with 8 Essential Vitamin

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah sudah 10 hari kita berpuasa kan. Semoga puasa kita berjalan dengan lancar dan penuh tenaga.

Untuk kekal bertenaga, saya dan keluarga mengamalkan minuman penambah tenaga yang sangat lazat. Minuman ini terdapat dalam 3 perasa. saya sangat gemar perasa lemon dan Orange Tangerine. sangat sedap dan menghilangkan dahaga.

Minuman ini sesuai untuk orang yang gemarkan minuman karbonat.

Kenapa ia dipanggil active 8?
ia mengandungi 8 Essential Vitamin yang sangat diperlukan badan.
  1. Vitamin C
  2. Thiamin (B1)
  3. Riboflavin (B2)
  4. Niacin
  5. Vitamin B6
  6. Vitamin B12
  7. Folic Acid
  8. Pantothenic Acid