Tuesday 12 November 2013

Ketabahan dan keberanian kanak-kanak Syiria

Teks: Anisah Abd Rahman

Sebelum tidur mata masih terbayangkan kisah paparan TV3 berkenaan kanak-kanak di Syiria.

Saya tak dapat bayangkan apakah perasaan saya jika saya berada di sana. Saya tidak setabah wartawan-wartawan yang membuat liputan disana.

Sedangkan saya yang melihat di kaca TV saja sudah bergenang air mata, ini kan pula jika saya berada disana. Semesti nya saya akan menangis semahunya melihat keadaan mereka di sana.

Ada satu part tu saya melihat anak yang kecil, tiada pampers aatau lampin. Ibunya mebalut anak memakai plastik dan mengikat dengan tali.

Ya Allah. Berikan la aku kekayaan supaya aku dapat membantu orang yang memerlukan.

Bagi saya rakyat Malaysia yang tersangat bertuah, kita rakyat Malaysia mempunyai peluang yang banyak untuk menjadi kaya.

Apabila kita kaya kelak, usah la kita menjadi sombong. Jadilah kita seorang yang kaya dan semakin hampir dengan Allah.

Sama-samalah kita berusaha untuk mendapat pendapatan lebih untuk bantu mereka di sana dan semua umat Islam di seluruh dunia kerana mereka adalah saudara kita.

Sekian, untuk malam ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment