Saturday 9 November 2013

Kisah Peladang Miskin Mengembara Mencari Emas

Teks: Anisah Abd Rahman

Saya ada sebuah buku yang sangat bagus dan perlu dibaca oleh semua orang. Ia akan bantu kita mengenal pasti apa yang kita cari dalam hidup ini.

Jangan ada yang memberi komen bahawa Al Quran la sebenar yang kita patut cari untuk dijadikan panduan. itu adalah basic dan semua orang dah tahu dan paham.

hihihhihihi bukan apa, saya sengaja mengingatkan supaya tidak memberi komen sedemikian kerana selalu ada orang yang tidak berpuas hati dengan kita dan memberi komen yang negative.

Ok berbalik kepada buku yang saya cadangkan kepada anda supaya turut membaca nya ialah bertajuk Khazanah Kelengkapan Rumah atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Household Gold.

Berulang kali saya membaca buku ini dan saya ingin berkongsi sebuah cerita yang dipetik dari buku ini. semoga ia menjadi pengajaran kita bersama.

Ia tentang cerita Rusell Conwell " Lombong Berlian" ceritanya begini:

Seorang peladang miskin di Africa menghabiskan masanya mengembara di seluruh benua mencari berlian. Dia kembali dengan patah hati dan meninggal dunia tanpa menjumpai walaupon sebutir berlian.

Apabila seorang paderi dating memberi semangat kepada keluarga peladang itu, dia melihat sebiji batu Kristal yang besar di atas tempat pembakar.

Apabila ditanya dimana batu itu didapati, balu peladang itu mengatakan bahawa ladangnya dipenuhi dengan batu-batu yang berbentuk ganjil itu.

Paderi kemudian memberitahu nya bahawa batu yang berbentuk ganjil itu sebenarnya adalah belian, yang bermakna keluarga nya berada di atas  " Lombong Belian".

Begitu juga apabila kita berada di dalam rumah, kita kita sebenarnya duduk diatas Lombong Emas.

Malang nya kebanyakan orang adalah seperti Peladang Afrika.

Kita selalu berfikir, satu-satunya cara untuk menjadi kaya adalah bekerja di tempat yang glamour dan membuat perlaburan dalam perniagan yang besar.

Apa pendapat anda setelah menbaca kisah ini, adakah anda ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan emas di dalam rumah kita sendiri. Jangan biarkan orang lain melombong emas di dalam rumah kita sendiri.

No comments:

Post a Comment