Monday 11 November 2013

4 Amalan Sebelum Tidur

Teks: Anisah Abd Rahman

Selamat malam rakan pembaca sekalian,
Alhamdulillah selesai segala urusan hari ni dan sudah tiba masanya untuk kita semua merehatkan badan.

Bersyukur kepada Allah kerana hidupku hari ini sangat gembira dan sempat belajar pelbagai ilmu yang berguna.

Sebagai seorang muslimin dan muslimat kita di ajar pelbagai adab dan amalan yang baik supaya menjadi bekal kita di sana nanti. In Shaa Allah bekalan dan amalan baik yang kita lakukan didunia ini membantu kita mendapat syurga yang di janjikan oleh Yang Maha Esa.

Apakah amalan yang kita perlu lakukan sebelum masuk tidur?

Terdapat empat amalan yang disarankan kepada kita untuk di amalkan sebelum tidur.


Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :



1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah

Bertanya Siti Aisyah :
"Ya Rasulullah! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "

Rasul tersenyum dan bersabda :

1.Jika engkau hendak tidur, bacalah surat al–Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x )

2.Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat

Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x )

3.“Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

"Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )


( Tafsir Haqqi)

 rujukan dari blog http://kaunselingsyarie.blogspot.com/2012/12/empat-amalan-sebelum-tidur.html#


Alhamdulillah jika kita dapat menjadikan amalan kita setiap hari. dan Alangkah indahnya jika kita mengambil wuduk dan solat taubat untuk minta ampun dari Allah segala kesilapan yang kita lakukan selama ini.

Amin ya Allah, moga ada tempat di dalam syurga bersama insan-insan yang soleh dan solehah.

No comments:

Post a Comment