Thursday 7 November 2013

Kenapa Saya Pilih Amway

Teks: Anisah Abd Rahman

Sebenarnya saya dah nak tido, tetapi tiba-tiba idea datang untuk saya berkongsi dengan anda semua kenapa saya yakin yang saya boleh berjaya dalam biz Amway ini.

Jawapan dia sangat mudah kerana dalam pernigaan Amway ini saya dah jumpa dan lihat bertapa ramai orang yang telah berjaya.

Mereka yang berjaya ini tidak pernah kedekut ilmu untuk kongsikan dengan orang lain apa yang mereka buat sehingga mereka boleh berjaya.

Prinsip dalam biz seperti ini mudah. Untuk kita berjaya, kita perlu terlebih dahulu bantu orang lain supaya berjaya.

Selain itu, dalam perniagaan amway ini tiada limit atau kuota untuk kita berjaya. Tidak seperti didalam dunia makan gaji, hanya seorang sahaja yang akan dipilih untuk menjadi bos atau pengarah.

Pernah tak anda jumpa seorang pengarah mengajar orang lain untuk jadi pengarah seperti dirinya. Tidak akan ada, sebabnya jika ada. Orang lain akan menggantikan tempatnya. Ini bahaya dan boleh menggugat kedudukan pengarah tersebut.

Tetapi, berbeza didalam biz Amway, walaupon sudah ramai orang yang berpangkat Diamond, Diamond2 ini tidak pernah kedekut ilmu untuk memberi tunjuk ajar orang lain untuk bersama2 mereka menjadi Diamond juga.

Sebab itu la saya yakin yang saya boleh berjaya dalam biz ini dan tempat saya memang ada sekiranya saya terus berusaha tanpa putus asa.

Pikir-pikirkan lah wahai sahabat, adakah anda dah ada aim dan mengetahui apa matlamat hidup anda yang sebenar.

Sekian, untuk malam ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment